# Cipta servis booking

> Cipta servis yang pelanggan boleh tempah. Pilih satu daripada lima jenis servis, kemudian tetapkan harga, tempoh, kapasiti, staf dan peraturan.
>
> Source: https://docs.bcl.my/ms/booking-services/

Servis ialah apa yang pelanggan tempah: kelas latte art, potong rambut, meja untuk empat orang, tiket muzium atau bilik. Setiap servis ada jenis, harga, tempoh dan kapasiti. Kemudian anda tambah servis itu kepada booking form.

## Sebelum anda mula

Untuk servis **Appointment**, tambah staf yang memberikan servis itu dahulu. Lihat [Tambah staf booking](/ms/booking-staff/). Jenis lain tidak memerlukan staf.

## Cipta servis

Setiap servis disediakan pada page yang sama, dengan enam tab di sebelah kiri:

1. Pergi ke **Bookings** → **Services** dan klik **New booking service**.

   *(Screenshot: Senarai Booking Services dengan butang New booking service ditanda)*

2. Di tab **Details**, masukkan **Service Name** dan pilih **Service Type**. Klik **Guide** di sebelah ruangan itu untuk perbandingan jenis-jenis servis secara bersebelahan. **Notes** dan **Service Image** dipaparkan kepada pelanggan semasa mereka memilih servis.

   *(Screenshot: Tab Details dengan ruangan Service Type ditanda, ditetapkan kepada Appointment)*

3. Di tab **Pricing**, masukkan **Price (RM)** dan **Duration** dalam minit. **Sale Price (RM)** adalah pilihan. Untuk mengenakan harga lebih tinggi pada hujung minggu atau pada waktu tertentu, lihat [Tetapkan harga hujung minggu & waktu puncak](/ms/booking-pricing-rules/).

   *(Screenshot: Tab Pricing dengan Price (RM) dan Duration ditanda)*

4. Di tab **Capacity & Staff**, isi ruangan ini:

   | Ruangan | Apa yang perlu dimasukkan |
   | --- | --- |
   | **Slot Capacity** | Berapa banyak booking yang boleh diterima oleh satu slot. |
   | **Buffer Time** | Minit lapang selepas setiap booking, sebelum slot seterusnya bermula. |
   | **Category** | Pilih satu, atau klik **+** untuk menambah kategori baru. |
   | **Assigned Staff** | Staf yang memberikan servis ini. Wajib untuk servis Appointment. |
   | **Capacity Mode** | **Individual (per staff)** atau **Shared (single pool)**. Lihat [Kapasiti & staf](#kapasiti--staf). |

   *(Screenshot: Tab Capacity & Staff dengan Slot Capacity dan Assigned Staff ditanda)*

5. Di tab **Scheduling**, pilih berapa awal pelanggan boleh menempah dan apa yang boleh mereka tukar selepas itu. Lihat [Peraturan booking](#peraturan-booking) di bawah.

   *(Screenshot: Tab Scheduling dengan Auto Confirm Booking ditanda)*

6. Klik **Create Service**.

   *(Screenshot: Butang Create Service ditanda di bahagian atas page)*

Tab **Guest Types** menambah harga setiap orang, seperti dewasa dan kanak-kanak, dan tab **Add-ons** menambah item tambahan yang boleh dipilih oleh pelanggan, seperti cawan rasa tambahan. Kedua-duanya adalah pilihan.

## Lima jenis servis

Jenis servis menentukan apa yang pelanggan pilih dan cara BCL mengira kapasiti. Ruangan pada tab lain berubah mengikut jenis itu:

| Service Type | Cara pelanggan menempah | Harga dikira |
| --- | --- | --- |
| **Appointment (Spa, Clinic, Salon)** | Servis, kemudian staf, kemudian slot masa | Setiap booking |
| **Reservation (Table Booking)** | Tarikh dan masa, kemudian bilangan tetamu. Tanpa staf. | Setiap booking atau setiap tetamu |
| **Ticket (Museum, Event, Tour)** | Tarikh, kemudian jenis tiket dan kuantiti | Setiap jenis tiket |
| **Accommodation (Hotel, Homestay, Room)** | Tarikh check-in dan check-out | Setiap malam |
| **Court (Badminton, Tennis, Futsal)** | Gelanggang dan masa dari grid | Setiap slot |

## Kapasiti & staf

Dengan **Individual (per staff)**, slot Appointment yang **Slot Capacity**-nya 1 dan ada tiga staf boleh menerima tiga booking, satu untuk setiap staf. Dengan **Shared (single pool)**, slot yang sama menerima satu booking sahaja, tidak kira siapa yang memberikan servis. Guna **Shared** apabila mana-mana staf anda boleh melayan pelanggan dan anda dihadkan oleh ruang, seperti satu bilik rawatan.

Untuk kelas, naikkan **Slot Capacity**. Contoh Latte Art Class ada kapasiti 4, jadi empat orang boleh menempah kelas 90 minit yang sama.

## Peraturan booking

Tab **Scheduling** mengawal bila pelanggan boleh menempah dan apa yang boleh mereka tukar:

| Tetapan | Fungsinya |
| --- | --- |
| **Advance Booking Days** | Berapa hari lebih awal pelanggan boleh menempah (30 secara default). |
| **Booking Cutoff** | Berapa jam sebelum slot booking ditutup. |
| **Allow Same Day Booking** | Membenarkan pelanggan menempah untuk hari ini. |
| **Auto Confirm Booking** | Mengesahkan booking yang sudah dibayar secara automatik. Off: booking menunggu sebagai **Pending**. |
| **Coming Soon** | Memaparkan servis tetapi menyekat booking. |
| **Allow Rescheduling** / **Reschedule Cutoff** | Membenarkan pelanggan menukar tarikh booking mereka, sehingga had masa itu. |
| **Allow Cancellation** / **Cancellation Cutoff** | Membenarkan pelanggan membatalkan booking, sehingga had masa itu. |

## Susun servis mengikut kategori

Dalam senarai **Booking Services**, klik **Categories** untuk menambah, menukar nama atau menyusun semula kategori dalam **Manage Service Categories**, kemudian klik **Save Categories**. Setiap servis tergolong dalam satu kategori, yang dipaparkan di bawah namanya dalam senarai.

## Tips

Beberapa habit ini memudahkan anda mengurus servis:

- **Namakan servis seperti yang pelanggan sebut.** **Service Name** ialah apa yang pelanggan nampak pada booking form, di sebelah harga dan tempoh.
- **Guna Coming Soon untuk memperkenalkan servis baru.** Pelanggan nampak servis itu pada form tetapi tidak boleh menempahnya sehingga anda off-kan **Coming Soon**.
- **Off-kan servis dan jangan padamnya.** Di page edit servis itu, off-kan **Active** di bahagian atas. Servis itu hilang dari booking form anda, dan booking lamanya kekal seperti sedia ada.

## Isu biasa

### Setiap sesi 45 minit dan saya perlukan masa untuk bersedia sebelum pelanggan seterusnya. Boleh saya tetapkannya?

Boleh. Di tab Pricing, tetapkan Duration kepada 45, dan di tab Capacity & Staff, tetapkan Buffer Time kepada 15. Slot kemudian bermula setiap jam, dengan 15 minit lapang di antaranya.

### Adakah saya perlu mengesahkan setiap booking sendiri?

Tidak. Di tab Scheduling, on-kan Auto Confirm Booking dan booking yang sudah dibayar terus menjadi Confirmed. Jika tetapan itu off, booking menunggu sebagai Pending sehingga anda mengesahkannya.

### Boleh pelanggan batalkan atau tukar tarikh sendiri?

Boleh. Di tab Scheduling, on-kan Allow Cancellation dan Allow Rescheduling, dan tetapkan berapa jam sebelum booking mereka mesti melakukannya dalam Cancellation Cutoff dan Reschedule Cutoff.

### Bagaimana saya tetapkan bilangan tetamu minimum dan maksimum untuk meja?

Untuk servis Reservation (Table Booking), buka tab Capacity dan tetapkan Min Guests dan Max Guests. Lihat Tetapkan had tetamu untuk reservation meja (/ms/booking-reservations/), yang juga menerangkan kenapa meja dipaparkan sebagai Not available.
